Ciri-ciri dan Prosedur Penilaian Dalam Bilik Darjah
Pengenalan:
- Aktiviti penilaian yang dijalankan dalam bilik darjah merupakan sebahagian proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
- Penilaian dalam bilik darjah dilaksanakan secara berterusan dengan tujuan mengesan penguasaan dan kemajuan murid dalam bilik darjah.
- Maklumat yang diperolehi daripada penilaian akan digunakan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemajuan murid.
Ciri-ciri penilaian dalam bilik darjah:
- Menentukan sejauh mana objektif pelajaran telah dicapai
- Membantu guru mengubahsuaikan kaedah p&p untuk membantu membaiki kelemahan pembelajaran murid.
- Dijalankan secara berterusan untuk menentukan kemajuan murid-murid dalam aspek intelek, rohani, jasmani dan emosi.
- Memastikan prinsip asas penilaian diikuti:
- tujuan penilaian
- bidang yang dinilai
- calon yang hendak dinilai
- teknik yang akan digunakan dalam penilaian
Skop penilaian:
Memberi gambaran pencapaian pelajar dalam aspek-aspek:
- Bidang Kognitif/Pemikiran moral - Pencapaian pengetahuan dan perkembangan intelek. Dalam Pendidikan Moral, dari segi pengetahuan mengenai nilai dan kandungan akademik yang ditentukan bagi setiap tingkatan.
- Bidang Afektif/Perasaan moral - Perkembangan perlakuan dalam minat, sikap, nilai serta rohani dan emosi. Dalam Pendidikan Moral, dari segi menggunakan aspek nilai dan kandungan akademik dalam mempunyai iltizam untuk mengamalkan perlakuan yang bermoral serta sikap yang diterima dalam masyarakat kita.
- Bidang Psikomotor /Tingkah laku moral - Kebolehan melakukan sesuatu perlakuan yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.
PERBEZAAN ANTARA PENILAIAN FORMATIF DAN PENILAIAN SUMATIF
Penilaian formatif dan penilaian sumatif mempunyai beberapa ciri-ciri perbezaan dari segi pengertian, tujuan, aktiviti, masa, bentuk sasaran, liputan, rekod dan tindakan.
Berikut merupakan perbandingan dan perbezaan antara dua jenis penilaian.
Jenis
Ciri
|
Penilaian Formatif
|
Penilaian Sumatif
|
Pengertian
|
Satu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas.
|
Satu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian dalam sesuatu tahap persekolahan.
|
Tujuan
|
Mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan dengan kadar yang segera.
|
Mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid di dalam kelas.
|
Aktiviti
|
Menjalankan ujian formal atau tidak formal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sama ada dibuat secara individu, kumpulan atau menyeluruh.
|
Menjalankan ujian formal dalam beberapa waktu berdasarkan ketetapan jadual secara individu mengikut kelas.
|
Masa
|
Semasa sesi pengajaran dilakukan atau setiap hujung bulan.
|
Semasa semester pertama (pertengahan tahun) dan semester kedua (akhir tahun).
|
Bentuk
|
Ujian tidak formal (pemerhatian dan sesi soal jawab), atau formal (ujian bulan) melibatkan ujian kertas pensel dam masa yang singkat.
|
Ujian formal adalah ujian kertas pensel atau ujian lisan dalam jangka masa yang ditetapkan mengikut kesesuaiannya.
|
Sasaran
|
Secara individu, secara kumpulan atau kelas.
|
Secara kelas
|
Liputan
|
Meliputi sesuatu kemahiran (ujian tidak formal) atau beberapa kemahiran (ujian formal)
|
Meliputi beberapa unit pembelajaran atau sesuatu tahap persekolahan
|
Rekod
|
Tiada (bagi ujian tidak formal) dan penggunaan senarai semak atau rekod prestasi (bagi ujian formal)
|
Penggunaan rekod profil atau pensijilan.
|
Tindakan
|
Membetulkan kelemahan dengan kadar segera atau menjalankan aktiviti pengayaan atau pemulihan di dalam kelas.
|
· Menempatkan murid kumpulan atau kelas yang sesuai.
· Merancang dan mengubah suai pelajaran atau kurikulum.
· Memberi sijil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan.
|
No comments:
Post a Comment